DUNIA

Sri Lanka hadkan bahan api kenderaan persendirian akibat kelewatan penghantaran

26/06/2022 12:51 PM

COLOMBO, 26 Jun (Bernama) -- Sri Lanka tidak akan menerima penghantaran petrol, diesel dan minyak mentah, yang sepatutnya dijadual tiba minggu ini dan minggu depan, kata Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera pada Sabtu.

Beliau berkata pihak pembekal sudah memaklumkan kepada pengimport dan pengedar bahan api, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) bahawa penghantaran tidak dapat dibuat mengikut jadual atas sebab perbankan serta logistik, lapor Xinhua.

“Pengangkutan awam, penjanaan kuasa dan industri akan diberi keutamaan sehingga penghantaran seterusnya sampai,” katanya. 

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak beratur untuk mendapatkan bahan api.

Susulan itu katanya, operasi kilang penapis juga akan dihentikan buat sementara waktu sehingga stok sampai.

"Kami sedang bekerjasama dengan semua pembekal baharu dan sedia ada. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan