SUKAN

Zuraidin tarik diri tanding presiden PSM

10/02/2022 11:07 AM

KOTA BHARU, 10 Feb  -- Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) Zuraidin Abdullah menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan Sabtu ini.

Selain jawatan presiden, Zuraidin berkata beliau juga memutuskan untuk tidak bertanding bagi mengisi mana-mana jawatan pada mesyuarat berkenaan.

"Saya ingin memaklumkan dan membuat keputusan tidak bertanding untuk merebut jawatan presiden PSM pada AGM Sabtu ini.

"Keputusan ini adalah bagi memberi laluan kepada Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSEWIP) Datuk Mohd Sumali Reduan untuk menerajui PSM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zuraidin berkata keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira semua perkara serta pandangan selain percaya dengan kewibawaan dan pengalaman Mohd Sumali untuk mentadbir badan itu dengan baik.

Zuraidin berkata GASTAK  telah memutuskan untuk menyokong PSM bagi menangani segala isu sehingga persatuan itu dapat diterima semula oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

"Dengan keputusan ini juga saya akan memberi tumpuan lebih kepada GASTAK serta pembangunan sepak takraw di Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan