EKONOMI

TM hanya penyewa, tidak terbabit dalam penjualan Menara TM

09/02/2022 04:25 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menjelaskan bahawa ia merupakan penyewa di Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM turut menegaskan bahawa ia bukan pemilik bangunan itu dan tidak terbabit langsung dalam usaha jualan oleh pemilik hartanah tersebut, Menara ABS Bhd.

“Syarikat kini dalam proses menempatkan semula sebahagian besar daripada pejabat korporat TM di hartanah miliknya, termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta di Cyberjaya.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha pengoptimuman syarikat bagi mempertingkat kecekapan dan ketangkasan selain selaras dengan persekitaran kerja secara hibrid,” katanya.

Menara TM yang disifatkan sebagai ikonik itu kini ditawarkan di pasaran pada harga yang tidak didedahkan jumlahnya.

Iklan yang disiarkan oleh The StarBiz hari ini menyatakan bahawa penjualan Menara TM itu dijalankan secara pernyataan minat dan tarikh tutup bagi jualan peringkat pertama ditetapkan pada 12 tengah hari, 18 Mac, 2022.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan