DUNIA

Kes COVID-19 global lepasi 400 juta -- Johns Hopkins University

09/02/2022 02:28 PM

NEW YORK, 9 Feb  -- Kes COVID-19 global melepasi angka 400 juta pada Selasa, menurut data daripada Johns Hopkins University.

Angka kes global berjumlah 400,244,031, dengan 5,761,208 kematian di seluruh dunia, setakat 5.21 petang waktu tempatan (2221 GMT), lapor Xinhua memetik data itu.

Amerika Syarikat melaporkan 77,025,027 kes dan 908,262 kematian, kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi dunia, menyumbang lebih 19 peratus daripada kes global dan lebih 15 peratus daripada kematian dunia.

India mencatatkan jumlah kes kedua terbesar di dunia sebanyak 42,339,611, diikuti Brazil dengan 26,776,692 kes serta jumlah kematian kedua terbesar di dunia sebanyak 634,057.

Negara lain yang mencatat lebih 12 juta kes termasuk Perancis, Britain, Rusia dan Turki, manakala negara dengan lebih 200,000 kematian termasuk India, Rusia, Mexico dan Peru, menurut data yang dikumpulkan oleh universiti itu

Angka kes global mencapai 100 juta pada 26 Jan 2021, meningkat kepada 200 juta pada 4 Ogos dan melebihi 300 juta pada 6 Jan 2022.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan