DUNIA

Pemerhati rasmi IOC: Penganjuran Sukan Olimpik Beijing capai taraf tinggi

04/02/2022 04:27 PM

BEIJING, 4 Feb -- Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 disifatkan sebagai cemerlang, sekali gus memberi pengalaman berharga kepada negara penganjur seterusnya.

Demikian dinyatakan para pemerhati rasmi yang terdiri daripada wakil Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024, Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, dan Jawatankuasa Antarabangsa (IOC) selepas meninjau pengoperasian pertandingan di Stadium Sukan Negara, di sini, pada Khamis.

Pemerhati rasmi terdiri daripada 114 individu dan dijadual mengunjungi 12 lokasi pertandingan dan 10 lokasi bukan pertandingan yang terletak di bandar Beijing, daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou.

Antara intipati lawatan rasmi tersebut termasuk pengoperasian stadium, penganjuran pertandingan, percubaan acara pertandingan, dan perlindungan jenama.

Menurut petugas Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, Sandro Volpato , China terkenal dengan ketepatan dan ia sekali lagi terbukti dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

"Pelbagai kaedah baharu diperkenalkan termasuk pemilihan kakitangan dan pemberian latihan, selain pengurusan gelembung tertutup tatkala menghadapi ancaman penularan pandemik COVID-19.

"Langkah-langkah yang cekap tersebut secara tidak langsung boleh dijadikan panduan kepada penganjur pada masa akan datang," tambahnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan