PASIR MAS, 3 Feb -- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman bercadang membina menara tinjau di sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok selain menambah baik pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Pengarahnya, Datuk Hazani Ghazali bagaimanapun berkata perkara itu masih diperingkat cadangan dan prosesnya agak rumit kerana melibatkan tanah hak milik persendirian.
"Sekiranya kita berjaya membina menara tinjau, kawasan pos kawalan dan sekitarnya juga akan digazetkan sebagai kawasan larangan bagi memudahkan segala gerak kerja operasi dilakukan dengan lebih lancar," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pos Ibrahim Pencen dekat Rantau Panjang di sini hari ini.
Hazani berkata kesemua pos kawalan PGA perlu dibersihkan daripada semak samun supaya setiap anasir luar yang cuba menceroboh masuk ke negara ini dapat dikesan dengan mudah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial