DUNIA

Malam Gala TBC ditonton lebih tujuh bilion kali, perbaharui rekod

02/02/2022 04:43 PM

BEIJING, 2 Feb -- Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) yang dipersembahkan penuh sempurna sekali lagi memperbaharui rekod jumlah tontonan.

Pada kali ini, jumlah penonton di media tradisional merekodkan 1.29 billion tontonan, manakala angka bagi platform media baharu mencatat 7.13 bilion.

Kedua-dua angka tersebut sekali gus menyaksikan pertambahan berbanding gala TBC terdahulu.

Diserikan dengan pelbagai unsur baharu, gala kali ini berjaya menarik perhatian penonton domestik dan luar negara, selain mendapat liputan meluas sekitar 650 media di lebih 170 negara dan kawasan.

CMG memanfaatkan kelebihan komunikasi bersepadu antara media dan pelbagai platform di bawahnya telah memecah rekod komunikasi rentas media untuk tahun keempat berturut-turut.

Untuk tahun ini, penonton diberi pilihan menghayati gala tersebut menerusi telefon pintar dengan paparan skrin menegak sehingga merekodkan jumlah tontonan melebihi 439 juta kali dengan lebih separuh daripadanya merupakan penonton berusia 30 tahun ke bawah.

Saluran berita dunia dan terminal media baharu BBC turut menyiarkan video promosi gala dan mendapat tontonan lebih 25 juta kali, sementara video promosi gala TBC yang disiarkan di pelbagai platform CNN pula ditonton sebanyak 408 juta kali.

Tahun ini, bangunan mercu tanda di pelbagai tempat seluruh dunia termasuk Burj Khalifa iaitu bangunan tertinggi di dunia, roda Ferris terbesar di Afrika, "Eye of Kenya" telah membuat pertunjukan cahaya lampu bertemakan Gala TBC anjuran CMG, secara tidak langsung membolehkan penonton berkongsi suasana meriah TBC.

— BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan