EKONOMI

Jerasia Capital kini dalam senarai syarikat PN17

31/01/2022 08:31 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Jerasia Capital Bhd menjadi syarikat terkini diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN 17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR), menjadikan jumlah syarikat PN17 kepada 25 setakat hari ini.

Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) berkata ia akan terus memantau perkembangan pengeluar pakaian fesyen itu berhubung pematuhannya terhadap MMLR.

“Sehingga 31 Jan, 2022, terdapat sebanyak 27 buah syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.98 peratus daripada jumlah keseluruhan 907 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Jerasia berkata Lembaga Pengarahnya telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk merangka pelan penyusunan semula bagi menangani status PN17 syarikat itu dan akan membuat pengumuman mengenai pelan tersebut dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan