AM

Ketua Menteri P.Pinang jalani kuarantin kendiri

24/01/2022 03:00 PM

GEORGE TOWN, 24 Jan -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow kini sedang menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ketika menghadiri satu majlis pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow perlu menjalani tempoh kuarantin kendiri selama lima hari bermula semalam seperti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

"JKNPP turut mengarahkan beliau(Chow) menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga iaitu esok dan ini termasuk beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JKNPP juga giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan dan mereka yang berkaitan akan dihubungi pihak JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan