EKONOMI

Berjaya Corp akan jual Berjaya University College

19/01/2022 10:41 PM

KUALA LUMPUR, Jan 19 -- Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melalui anak syarikat milik penuhnya Berjaya Group Bhd (BGroup) telah menandatangani perjanjian jual beli saham dengan Nanyang International Education Group Sdn Bhd (Nanyang) untuk cadangan pelupusan keseluruhan 71.73 peratus kepentingannya dalam Pendidikan Tinggi Berjaya Sdn Bhd yang memiliki Kolej Universiti Berjaya (BUC).

Nanyang telah diperbadankan oleh pemegang saham majoritinya, Krirk International Education Holding Co Ltd (Krirk) untuk melabur dalam perniagaan pendidikan di Malaysia.

“Ia akan merealisasikan rancangan yang dijanjikan sebelum ini. Seperti yang digariskan dalam strategi transformasi kami, BCorp akan melupuskan beberapa bidang bukan terasnya supaya kami boleh memberi tumpuan kepada perniagaan teras kami.

“Walaupun pahit, kami gembira kerana BUC akan diuruskan oleh Kririk. Kami percaya mereka akan terus mencipta peluang dan melahirkan graduan yang berkebolehan, berkemahiran dan profesional yang akan menyumbang kepada Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp, Jalil Rasheed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Urus niaga BUC kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan dijangka selesai pada Jun 2022.

Pada Jun 2021, BCorp mengumumkan strategi transformatif untuk memberi tumpuan kepada lima bidang teras dan berusaha menjadi kumpulan pengguna di peringkat global.

Sebahagian daripada strategi ini termasuk pelupusan daripada bidang perniagaan yang tidak lagi termasuk dalam klasifikasi tersebut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan