JAKARTA, 16 Jan -- Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia akan mengeksport 10,000 tan minyak kelapa mentah bernilai US$17.27 juta (US$1=RM4.18) ke Malaysia pada awal tahun ini, kata pegawai perdagangan.
Peladang dan pedagang perlu memanfaatkan permintaan negara itu untuk meningkatkan eksport, menurut agensi berita Antara yang memetik kenyataan Ketua Pejabat Perindustrian dan Perdagangan Wilayah Sulawesi Utara, Darwin Muksin.
Beliau menggesa peladang supaya mengekalkan kualiti produk untuk memenuhi keperluan pasaran.
Permintaan yang kukuh adalah berita baik buat kalangan peladang dan pedagang memandangkan ia menjadikan kelapa lebih menguntungkan untuk ditanam, katanya.
Darwin berkata kerajaan akan terus menyokong industri itu menerusi strategi eksport dan menggalakkan peserta industri untuk berkembang.
Produk berasaskan kelapa merupakan bahagian terbesar daripada eksport keseluruhan Sulawesi Utara, katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial