EKONOMI

MNRB lantik Muhammad Fikri sebagai Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Takaful Ikhlas Family

14/01/2022 08:41 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan  -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik Muhammad Fikri Mohamad Rawi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat takaful keluarganya, Takaful Ikhlas Family Bhd, berkuat kuasa hari ini.

Penanggung insurans semula nasional itu berkata Muhammad Fikri, yang sebelum ini merupakan CEO Sun Life Malaysia Takaful Bhd, telah berkhidmat selama hampir tiga dekad dalam sektor perkhidmatan kewangan, termasuk 13 tahun khusus dalam industri insurans dan takaful.

Dalam kenyataan, Pengerusi Datuk Johar Che Mat berkata Lembaga Pengarah yakin di bawah kepimpinan Muhammad Fikri, Takaful Ikhlas Family akan menjadi lebih kukuh dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang.

“Kami ingin melihat beliau menerajui usaha dalam memacu prestasi perniagaan kami dalam kami mengembangkan dan memperkukuh keupayaan kami,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan CEO Kumpulan Zaharudin Daud berkata pelantikan baharu ini akan terus memacu komitmen Takaful Ikhlas Family dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, menawarkan produk yang inovatif dan membina kesetiaan jenama.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan