DUNIA

Taliban tawan bandar terbesar Afghanistan, Kandahar dan Herat

13/08/2021 02:12 PM

KABUL, 13 Ogos -- Taliban pada Khamis berjaya menawan Kandahar, bandar kedua terbesar di Afghanistan, menurut seorang sumber.

Kandahar menjadi bandar ke-12 yang dikuasai sebahagian atau sepenuhnya oleh Taliban selepas Ghazni, Herat, Fayzabad, Aybak, Qala-e-Nau, Lashkargah, Zaranj, Sheberghan, Kunduz, Taluqan dan Sar-e-Pul, lapor Agensi Anadolu.

Pada pagi Khamis, Taliban turut mendakwa telah menawan bandar strategik, Ghazni yang terletak di tengah Afghanistan dan bandar ketiga terbesar di barat Herat. 

Terletak kira-kira 150 kilometer dari Kabul, Ghazni menghubungkan selatan dan barat Afghanistan dengan ibu negara.

Pada Rabu, Taliban menawan bandar Fayzabad, berhampiran Tajikistan.

Selepas menguasai hampir 200 daerah luar bandar bulan lalu ketika pengunduran pasukan NATO, Taliban melancarkan serangan ke bandar-bandar besar, menimbulkan panik dan kegelisahan dalam kalangan orang awam. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan