KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Indeks Volum Perkhidmatan mencatat peningkatan sebanyak 17.6 peratus kepada 116.7 mata pada suku kedua 2021 berbanding 99.2 mata pada suku sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tersebut didorong oleh segmen perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan sebanyak 20.3 peratus manakala segmen perkhidmatan lain sebanyak 17.7 peratus.
“Bagi perbandingan suku tahunan, Indeks Volum Perkhidmatan turun 5.4 peratus kepada 116.7 mata berbanding suku tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media Prestasi Indeks Volum Perkhidmatan Suku Tahun Kedua 2021 yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurut Mohd Uzir, bagi perbandingan suku tahunan, indeks volum pelarasan musim sektor tersebut menguncup 3.0 peratus kepada 120.0 mata.
“Segmen perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan merupakan penyumbang utama penyusutan ini dengan merekodkan pertumbuhan negatif sebanyak 5.1 peratus,” kata beliau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial