AM

HARI KEBANGSAAN SINGAPURA DISAMBUT SEDERHANA

09/08/2021 01:18 PM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 9 Ogos -- Satu istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 Singapura diadakan secara sederhana di Pentas Terapung@Marina Bay di sini hari ini, turut dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Acara itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri Goh Chok Tong, Anggota Parlimen dan 600 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team.

Selain itu, istiadat berkenaan turut disiarkan secara langsung di laman Facebook dan YouTube NDPeeps rasmi, serta saluran TV nasional. 

Dua helikopter Chinook yang membawa bendera Singapura terbang melintasi ruang udara Singapura.

Acara diakhiri dengan dua jet tempur RSAF F-15SG terbang dalam formasi delta di ruang udara Singapura.

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2021 pada awalnya dirancang diadakan hari ini di pentas terapung tetapi ditunda ke 21 Ogos, selepas berakhirnya Fasa 2 (Amaran Tahapp Tinggi) untuk mengekang penularan COVID-19.

Ini tahun kedua istiadat perbarisan diadakan ketika pandemik, tahun lalu ia dianjurkan di Padang.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan