EKONOMI

Powerwell peroleh kontrak bekalan bernilai US$2.14 juta

14/06/2021 09:16 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun  -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Powerwell International Sdn Bhd, setuju terima kontrak bekalan bernilai US$2.14 juta (US$1=RM4.12) daripada Intraco Solar Power Limited.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin, Powerwell Holdings menjelaskan pada 11 Jun, 2021 Powerwell International menerima tempahan belian bertarikh 10 Jun, 2021 daripada Intraco.

“Kontrak itu bertujuan membekalkan papan suis voltan rendah dan panel peralatan suis voltan rendah menggunakan peralatan suis tertebat gas 33 kilovolt kepada loji jana kuasa solar 30 megawatt milik Intraco di daerah Rangpur, Bangladesh,” menurutnya,

Powerwell Holdings menambah pelaksanaan kontrak bekalan itu dijangka selesai pada akhir Disember 2021.

Kontrak itu diunjurkan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih yang disatukan bagi tahun kewangan  berakhir 31 Mac, 2022, jelasnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan