DUNIA

UNDANG-UNDANG ANTISEKATAN ASING TAMBAH BAIK IKLIM PELABURAN ASING DI CHINA

12/06/2021 04:50 PM

BEIJING, 12 Jun -- Kelulusan Undang-undang Antisekatan Asing di China menyediakan iklim undang-undang yang boleh diramal dan iklim perniagaan yang mantap kepada pelabur asing di negara ini.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika ditanya sama ada undang-undang tersebut akan membawa kesan negatif kepada pelaburan asing.

Wang menambah, undang-undang tersebut diluluskan selepas mengumpulkan pandangan pelbagai sektor dan sejajar dengan keinginan rakyat negara ini. Ia selaras dengan Undang-undang Antarabangsa dan prinsip asas hubungan antarabangsa.

Tegasnya, China mengalu-alukan syarikat asing melabur di China dan menjamin hak dan kepentingan mereka berasaskan undang-undang.

China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, menyediakan iklim perniagaan lebih baik untuk berkongsi peluang pembangunan negara ini dengan masyarakat antarabangsa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan