DUNIA

COVID-19: India catat 6,148 kematian, tertinggi dalam tempoh 24 jam

10/06/2021 03:13 PM

NEW DELHI, 10 Jun -- India melaporkan 6,148 kematian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu,  jumlah harian tertinggi menjadikan korban keseluruhan setakat ini seramai 359,676 orang, lapor Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan Persekutuan pada Khamis.

Sementara itu, 94,052 kes baharu dilaporkan, menyaksikan jangkitan harian di bawah 100,000 untuk hari ketiga berturut-turut. Keseluruhan kes berjumlah 29,183,121.

Masih terdapat 1,167,952 kes aktif, mencatat penurunan sebanyak 63,463 sejak Rabu.

Setakat ini, 27,655,493 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan