DUNGUN 12 Nov (Bernama) -- Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini dalam satu serbuan di Kuala Terengganu semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata semua suspek berusia 30 hingga 64 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, Gong Badak pada 3.15 petang.
“Penahanan suspek dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dengan kerjasama anggota Balai Polis Gong Badak, IPD Kuala Terengganu.
“Suspek lelaki berusia 30 tahun itu mempunyai 23 rekod lampau termasuk 11 rekod jenayah, 11 rekod jenayah narkotik dan satu rekod di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Selain itu, tiga daripada empat suspek berkenaan termasuk suspek wanita yang berusia 31 tahun didapati positif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil serbuan itu, polis merampas 36 jenis barangan termasuk telefon bimbit, komputer riba, jam tangan berjenama, barang kemas dan peralatan elektronik dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.
“Keempat-empat suspek juga mengaku pembabitan mereka dalam kes yang disiasat dan dengan tangkapan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di Paka dan satu kes di Dungun," katanya.
Maizura berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial