Mayat Lelaki Tanpa Identiti Terapung Di Pantai Batu 4 Port Dickson 

12/11/2025 12:17 PM

PORT DICKSON, 12 Nov (Bernama) -- Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung berhampiran sebuah hotel di Pantai Batu 4, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam melalui Bilik Gerakan IPD Port Dickson berhubung penemuan mayat itu kira-kira 7.55 malam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu berketinggian 164 sentimeter, berat 64 kilogram, berambut pendek beruban, berkulit cerah dan memakai gigi palsu.

"Lelaki itu  ditemukan lengkap berpakaian baju-T hitam berjalur menegak dengan lengan berjalur melintang serta berseluar pendek warna hijau. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan si mati tidak menemukan sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat  pada Isnin dan pengambilan cap jari dilakukan untuk mengesan waris namun gagal.

Maslan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis masih mengesan waris si mati dan menyeru orang awam atau mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga menghubungi Ketua Polis Balai Port Dickson, Insp Rowi Hasan di talian 019-6666652 / 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan