SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) -- Enam individu yang ditahan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki pemastautin tetap (PR) warga India di Pusat Bandar Puchong, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kesemua individu terbabit, yang juga rakan serumah suspek utama, dibebaskan selepas rakaman keterangan selesai dijalankan.
“Setakat ini, keterangan yang diperoleh susulan tangkapan tidak membantu siasatan. Kesemua individu telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shazeli berkata motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad dilaporkan berkata mangsa berusia 49 tahun yang bekerja sendiri sebagai juruteknik telah menetap di negara ini selama 19 tahun.
Muhammad Farid berkata mangsa ditemukan maut di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong pada 6 Nov lalu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial