SEREMBAN, 10 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam rentung selepas rumah keluarganya yang merupakan struktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, dekat sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau Penolong Penguasa Bomba Muhamad Khairul Yahaya berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 25 tahun itu pada 10.57 malam.
“Ketika kejadian, hanya mangsa dan bapanya yang berusia 59 tahun berada di rumah. Berdasarkan maklumat, bapa mangsa ketika itu sedang tidur sebelum terjaga akibat terdengar beberapa letupan kecil dan melihat api bermula dari bilik mangsa.
“Bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika api semakin marak, namun mengalami kecederaan ringan dengan melecur di bahagian kepala. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial