KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan injunksi Erinford terhadap Telegram Messenger Inc dan pentadbir dua saluran Telegram, bagi menghalang mereka daripada terus menerbit atau menyebarkan 33 artikel berunsur fitnah dan berbahaya sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan diselesaikan.
Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa kemudaratan terhadap defendan iaitu Telegram Messenger Inc serta pentadbir dua saluran Telegram, “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”, adalah minimum berbanding kemudaratan serius yang boleh menjejaskan institusi negara, keyakinan awam, dan keharmonian masyarakat sekiranya kandungan berbahaya itu terus disebarkan.
“Mahkamah juga mengambil kira kepentingan awam dan keselamatan negara dalam membuat keputusan ini, dengan menyatakan bahawa kepentingan awam mesti mengatasi kepentingan individu apabila melibatkan isu keselamatan serta kestabilan negara.
“Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan agama yang berpegang kepada sistem Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Semua pihak yang terlibat dalam proses kehakiman perlu menghormati nilai-nilai asas yang menjadi tunjang sistem perundangan negara,” katanya sambil menambah bahawa ketiga-tiga defendan mesti menutup saluran Telegram terbabit dan mengelakkan daripada menyebarkan kandungan berbahaya selanjutnya.
Injunksi Erinford ialah satu bentuk perintah sementara yang diberikan untuk mengekalkan status quo, selepas mahkamah menolak permohonan injunksi semasa perbicaraan atau pada peringkat awal, biasanya sementara menunggu rayuan terhadap keputusan tersebut.
Hakim Mahazan berkata mahkamah mendapati bahawa keseimbangan kepentingan jelas memihak kepada pihak plaintif, dan jika injunksi itu ditolak, rayuan berisiko menjadi tidak bermakna memandangkan saluran berbahaya tersebut mungkin akan bertambah, berpindah atau sukar diperbetulkan semula.
Beliau turut menyuarakan kekecewaannya terhadap sikap Telegram yang gagal mematuhi perintah mahkamah pada bulan lepas (September).
“Saya perlu menyatakan bahawa tindakan defendan ketiga yang membuka semula atau mengekalkan akses kepada saluran perayu, serta meneruskan permohonan serupa sejurus selepas keputusan antara pihak oleh mahkamah ini, menunjukkan sikap pemenuhan teknikal semata-mata tanpa mengambil kira semangat dan tujuan sebenar perintah mahkamah sebelum ini,” katanya.
“Mahkamah turut mengambil maklum bahawa injunksi terdahulu, yang menghalang defendan daripada mengeluarkan, menulis, menyiarkan atau menerbit semula kandungan berbahaya yang sama atau serupa, telah diberikan dengan tujuan membendung penyebaran kandungan yang dikenal pasti sebagai berunsur fitnah dan berbahaya.
“Namun, tafsiran sempit defendan ketiga terhadap perintah tersebut, dengan menganggap ia hanya terhad kepada kandungan yang disenaraikan secara khusus, jelas menunjukkan usaha untuk mengeksploitasi keperluan prosedur bagi mengelak keadilan sebenar,” katanya.

--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial