Mohamad Zainal Pesuruhjaya Polis Sarawak Baharu 

26/09/2025 02:14 PM

KUCHING, 26 Sept (Bernama) -- Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohamad Zainal mengambil alih tugas Datuk Mancha Ata yang akan bersara wajib pada 29 Sept ini.

Majlis serah terima tugas antara mereka berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini dengan disaksikan oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohamad Zainal berkata pelantikan itu adalah satu mandat dan penghormatan terbesar buat dirinya terutama sebagai anak jati Sarawak.

Beliau berkata antara keutamaannya dalam menggalas jawatan itu ialah menangani jenayah komersial dan narkotik yang semakin meningkat di Bumi Kenyalang.

“Sebelum ini, saya bertugas di Bukit Aman... jadi, semestinya saya tahu trend jenayah yang berlaku di Sarawak... kita boleh lihat ada peningkatan terutamanya jenayah siber dan narkotik.

“Saya akan berbincang dan merangka strategi bersama pasukan saya untuk kita mendepani serta menyelesaikan masalah jenayah tersebut,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan