Kanak-Kanak Hilang Ditemukan Maut Disyaki Mangsa Bunuh Ayah Kandung

28/07/2025 10:53 PM

SEREMBAN, 28 Julai (Bernama) -- Polis menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang disyaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin, Jempol di sini petang tadi.

 Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada 24 Julai lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Susulan laporan kehilangan itu, Polis Kontinjen Johor menahan lelaki dipercayai ayah kandung mangsa, berusia 36 tahun kira-kira 12 tengah hari pada tarikh sama (24 Julai) di Johor Bahru sebelum membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan