Polis Kesan Lelaki Lepaskan Tembakan Dalam Cubaan Samun Di Seri Alam

20/07/2025 11:24 AM

JOHOR BAHRU, 20 Julai (Bernama) -- Polis sedang melakukan siasatan bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan dalam cubaan samun di sebuah premis di Taman Megah Ria, Seri Alam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian berlaku pada 7.10 malam dan identiti lelaki tempatan itu sedang dikenal pasti.

"Suspek telah memasuki premis dengan mengacukan sejenis objek menyerupai pistol ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai.

"Suspek melepaskan satu das tembakan di luar premis sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal dari kawasan kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata tiada sebarang kecederaan terhadap mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi  Pusat Kawalan Daerah Seri Alam melalui talian 07-3871422 atau hotline 07-38614222 atau melaporkannya di balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup di laman sosial Facebook yang memaparkan lelaki terbabit melarikan diri menggunakan motosikal dan memegang objek dipercayai pistol.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan