PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menahan tujuh warga Afghanistan yang didapti cuba memasuki negara menggunakan visa palsu, di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Ahad dan Selasa lepas.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mereka yang terdiri daripada lima dewasa dan dua kanak-kanak berusia antara 15 dan 36 tahun, dikesan dalam dua kumpulan berasingan.
Menurut AKPS mereka yang didapati menggunakan visa palsu dipercayai diperoleh dari Uzbekistan, mendakwa telah melarikan diri dari Iran sebelum menjadikan Malaysia sebagai destinasi akhir.
AKPS menolak kemasukan mereka kerana melanggar syarat imigresen dan memalsukan dokumen perjalanan.
"Tindakan pantas dan berkesan ini mencerminkan komitmen berterusan AKPS memastikan kawalan keselamatan sempadan berada pada tahap tertinggi,”menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial