PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada Sabtu lepas (19 April).
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sesi rakaman percakapan dan siasatan telah dijalankan terhadap lelaki berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor semalam (21 April).
“MCMC telah menyita sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM bagi tujuan analisis forensik,” menurut kenyataan itu.
Lelaki berkenaan memuat naik kandungan palsu tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) menyebabkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif telah timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang.
MCMC tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial, bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu.
Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial