JENAYAH & MAHKAMAH

KEMATIAN ANAK KPD LAHAD DATU AKIBAT SATU DAS TEMBAKAN DI DADA

17/04/2024 07:52 PM

LAHAD DATU, 17 April (BERNAMA) -- Punca kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak di sini semalam adalah disebabkan tembakan di bahagian dada kanan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Shahurinain Jais ketika dihubungi Bernama berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu hari ini mendapati hanya ada satu kesan tembakan pada tubuh mangsa.

Beliau berkata polis telah memanggil tiga saksi untuk diambil keterangan dan merampas sepucuk pistol jenis Walther P99 yang dikaitkan dengan insiden itu.

Shahurinain juga berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, siasatan menyeluruh termasuk dari sudut prosedur operasi standard bagi kawalan dan pengendalian senjata api masih dijalankan.

Jenazah anak bongsu daripada empat beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis di sini pada 5.30 petang tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan