BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat lelaki rentung ditemukan dalam kediaman terbakar di Kanchong Darat

24/06/2022 12:05 AM

SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung dI sebuah rumah kayu yang 80 peratus terbakar di Kampung Kanchong Darat, Banting, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran yang dipercayai mengorbankan lelaki berusia 66 tahun iaitu kira-kira 8.17 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah seluas 40x50 kaki (12.19 x 15.24 meter) itu adalah sebanyak 80 peratus. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada jam 8.43 malam dan tiada mangsa terlibat dilaporkan setakat itu.

Pada jam 9.32 malam, kami telah menerima maklumat daripada isteri pemilik rumah memaklumkan suami beliau berada di rumah berkenaan sejak dari petang tadi. Setelah membuat pencarian pihak bomba menemui satu mayat lelaki rentung di bahagian belakang rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, warga emas itu dipercayai cuba keluar daripada rumah tersebut.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan