BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak

13/05/2022 11:44 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (minyak masak terpakai), yang melanggar syarat permit yang ditetapkan dalam serbuan di Sungai Buloh semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata lelaki berusia 34 tahun itu, ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dan disiasat di bawah Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 1998.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 300 tan minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran dan kedai makan sekitar Lembah Klang, dianggarkan bernilai RM1.5 juta turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazani berkata dengan kejayaan operasi itu, JKDNKA bersama MPOB telah mengenal pasti modus operandi serta implikasi terhadap industri minyak sawit negara, di mana kawalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan melalui operasi bersama.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan