BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Polis cekup 16 pendatang warga Kemboja

13/05/2022 08:42 PM

TANAH MERAH, 13 Mei (Bernama) -- Polis menahan 12 lelaki, seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki yang merupakan pendatang tanpa izin warga Kemboja selepas menahan tiga kenderaan di Kampung Nibong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Wan Zulfikri Wan Othman berkata polis bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira pukul 10.30 malam selepas mendapat maklumat orang awam yang memberitahu terdapat dua Proton Waja dan sebuah Proton Persona dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan kampung terbabit.

"Sepasukan anggota dari Balai Polis Nibong telah ke lokasi, dan apabila tiba di Jalan Simpang Tiga Kampung Nibong, tiga kenderaan itu dilihat cuba berpatah balik. Melihat kehadiran polis, tiga pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran pangkalan haram Macang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas diperiksa polis menemukan semua pendatang warga asing itu di dalam tiga kenderaan berkenaan, dan berdasarkan siasatan awal, kesemua pendatang itu dipercayai akan dibawa untuk bekerja di Kulai, Johor.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 26J  Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen  6(1)(c) Akta Imigresen 1959," katanya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan