BERITA COVID–19   N.Sembilan benar solat Aidilfitri ikut kapasiti masjid | Tuanku Muhriz nasihat rakyat N. Sembilan rai Aidilfitri¬†secara sederhana¬† | PKPB: Sabah tidak benarkan rentas daerah mulai Isnin depan | PKPD di 16 lokaliti Sungai Ruan, tujuh di Sempalit, Pahang - Ismail Sabri | COVID: Malaysia catat 3,551 kes baharu hari ini - KP Kesihatan | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tumpas sindiket edar minuman keras tidak bercukai, tahan enam lelaki

23/04/2021 01:18 AM

KUALA LUMPUR, 22 April  -- Polis menumpaskan sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang berikutan penahanan enam lelaki dalam operasi di sekitar Klang, Selangor, semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata semua suspek termasuk dua warga Myanmar berusia antara 28 hingga 37 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban.

“Polis turut merampas 482 kotak minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM85,320,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis juga menyita tiga kereta dan sebuah lori dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM285,320.

“Kesemua suspek kini direman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan