BERITA COVID–19   PKPD Bunut Susu: Ujian saringan pertama selesai, 235 individu positif | P. Pinang mohon kerajaan persekutuan segera lulus ujian RT-PCR pekerja kilang | Wanita B40 raih pendapatan mampan di sebalik penularan pandemik | Polis siasat dakwaan KP Pendidikan Tinggi langgar SOP PKP | Penafian berita palsu tular 15 Mei - KKMM | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan ugut, cederakan pekerja kedai

19/04/2021 12:04 AM

SEREMBAN, 18 April  -- Berang kerana ditegur tidak memakai pelitup muka, seorang lelaki bertindak mengugut dan mencederakan pekerja di sebuah kedai runcit di Senawang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu suspek mengugut dan mencekik pekerja lelaki berusia 22 tahun selepas ditegur tidak memakai pelitup muka selain tidak menjalani saringan suhu badan dan menulis nama di buku yang telah disediakan. 

"Susulan kejadian itu, suspek yang ditahan di Senawang pada 10 malam ini untuk siasatan lanjut turut dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di bawah Akta 342," katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, permohonan reman akan dibuat ke atas suspek di Mahkamah Seremban esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 atau 323 Kanun Keseksaan.

Hari ini, tular sebuah video berdurasi satu minit 16 saat di laman Facebook yang memaparkan seorang individu tidak memakai pelitup muka mencekik seorang lelaki di sebuah kedai.

-- BERNAMA 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan