BERITA COVID–19   PKPD Bunut Susu: Ujian saringan pertama selesai, 235 individu positif | P. Pinang mohon kerajaan persekutuan segera lulus ujian RT-PCR pekerja kilang | Wanita B40 raih pendapatan mampan di sebalik penularan pandemik | Polis siasat dakwaan KP Pendidikan Tinggi langgar SOP PKP | Penafian berita palsu tular 15 Mei - KKMM | 
JENAYAH & MAHKAMAH

Warga emas ditahan bantu siasatan kes pukul pemandu kereta

17/04/2021 08:21 PM

JOHOR BAHRU, 17 April -- Seorang lelaki warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pemandu kereta dipukul oleh orang awam di Jalan Taman Cendana-Masai, Pasir Gudang, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di kediamannya, di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

"Lelaki berkenaan kini direman selama enam hari manakala tiga lagi individu kini sedang diburu polis berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Infaq Ramadan di Taman Molek, di sini hari ini.

Dua hari lepas, sebuah video tular di laman sosial yang menunjukkan seorang remaja lelaki memandu Proton Wira dipukul beberapa pengguna jalan raya selepas dikatakan mengakibatkan penunggang motosikal wanita cedera parah di bahagian kepala, kaki dan tangan.

Kejadian tersebut berlaku di satu persimpangan lampu isyarat, selepas kereta Proton Wira dipandu remaja tersebut terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang wanita berusia 38 tahun berkenaan.

Akibat dipukul, remaja berumur 18 tahun berkenaan cedera di kepala, muka, kaki kanan, patah hidung, patah jari manis dan kelengkeng.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan