Isnin, 23 November 2020
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
14/10/2020 05:05 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Kesiapsiagaan, sistem dan institusi kewangan yang kukuh dimiliki Malaysia boleh melindungi ekonomi ini daripada terjerumus ke dalam krisis, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Jessica Chew.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kapasiti untuk bertindak balas kepada peningkatan ketara kes jangkitan berpotensi dengan lebih baik berbanding sebelum ini, iaitu pada Mac.

“Justeru, kita berupaya menghadapi peningkatan kes jangkitan dalam keadaan langkah yang lebih bersasar dan bertumpu, dan kita yakin ini menjadi langkah tindak balas dalam menuju ke hadapan,” katanya semasa taklimat secara maya sempena penerbitan laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2020 yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada BNM menjangkakan krisis kewangan dalam tempoh terdekat susulan negara merekodkan peningkatan ketara kes jangkitan COVID-19.

Semalam, 660 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 16,880.

Chew berkata sistem perbankan semasa jauh lebih kukuh berbanding ketika Krisis Kewangan Asia pada 1997/98, dengan nisbah modal sebanyak 18 peratus berbanding 10 peratus semasa kemelut berkenaan berlaku, ini didorong oleh piawaian pemberian pinjaman lebih yang teguh.

Beliau berkata pasaran bon Malaysia juga lebih maju berbanding semasa krisis berkenaan, oleh itu tahap penumpuan kebergantungan ekonomi kepada pendanaan sistem perbankan telah berkurangan.

Ketika ditanya sama ada perkembangan politik semasa boleh menjejaskan kestabilan kewangan, beliau berkata dasar pengawalseliaan dan pemantauan bank pusat adalah bersifat bebas sekali gus sebarang perkembangan politik tidak menjejaskannya.

“BNM mempunyai mandat yang amat jelas mengikut undang-undang, berkaitan apa tanggungjawab bank pusat selain langkah dan tindakan yang boleh diambil dan sebaliknya.

“BNM beroperasi secara ketat berlandaskan lingkungan bidang kuasa tersebut jadi penilaian bank pusat sangat didorong dengan memastikan pengantaraan kewangan kita tidak terganggu, perkhidmatan pembayaran dan kewangan kepada awam terus berjalan, serta keadaan pasaran kewangan yang teratur,” katanya.

-- BERNAMA

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan