BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
BELANJAWAN 2024

MOTAC AKAN BERBINCANG DENGAN MOF MENGENAI PERUNTUKAN MYCEB

25/11/2021 08:31 PM

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai suntikan dana kepada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata hal ini kerana MyCEB memerlukan peruntukan belanja mengurus yang mencukupi bagi pengoperasian untuk memastikan industri mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) terus berkembang.

Beliau berkata perkara itu seiring strategi kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 dan Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia 2021-2030.

“MyCEB juga perlu diberi peruntukan belanja pembangunan untuk terus melaksana dan menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran atau proses pembidaan bagi membawa masuk acara-acara perniagaan dan industri MICE,” katanya. 

Nancy berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Seramai 20 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan bebas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM1,009,695,500  yang diperuntukkan kepada MOTAC dalam Bajet 2022.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan