BELANJAWAN 2025 > BERITA

Jangan Ada Kegiatan Songsang Di Pahang, Titah Al-Sultan Abdullah

02/12/2025 09:31 PM

KUANTAN, 2 Dis (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri ini.

Mengulas berkenaan isu yang berlaku dan hangat diperkatakan kini, baginda mengakui terkejut dengan perkara berkenaan dan berharap agar kegiatan seumpamanya dihentikan.

“Saya agak terkejut jugalah dengan berita dengan kegiatan seperti ini...saya harap ini tidak berlaku di Pahang. Saya ingin beri nasihat, jauhilah perbuatan-perbuatan songsang ini dan saya minta juga Majlis Perbandaran di semua daerah memantau kegiatan seumpama ini.

“Kalau ada pun tempat yang menyediakan fasiliti seperti ini (spa) dapat dipantau dengan lebih rapi supaya tidak ada kegiatan songsang ini berlaku di negeri Pahang,” titah baginda yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini.

Dalam pada itu, baginda turut bertitah tindakan sewajarnya perlu diambil jika terdapat mana-mana pihak terlibat atau menyediakan ruang untuk kegiatan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 208 individu ditahan dalam serbuan terhadap sebuah premis kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral di ibu negara, Jumaat lepas.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan