BELANJAWAN 2025 > BERITA

WJWC 2025: Malaysia Tewas Aksi Pertama Kepada Jepun

02/12/2025 10:38 AM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Skuad remaja wanita memulakan kempen Kejohanan Piala Dunia Remaja Wanita (WJWC) 2025 dengan langkah sumbang apabila tewas 1-4 kepada Jepun dalam aksi pertama Kumpulan A.

Pada aksi yang berlangsung di Santiago, Chile itu, Jepun mendahului seawal minit kelima menerusi jaringan Yoshida Rei diikuti Saiti Hanami (8’), Tabuchi Sena (10’) dan Usi Ayano (56’).

Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong pada aksi terbabit apabila berjaya membolosi gawang Jepun pada minit ke-21 hasil jaringan Zawiatul Akma Hartomo.

Ketua jurulatih skuad remaja wanita negara Lailin Abu Hassan berkata meskipun tewas, beliau tetap berpuas hati dengan semangat ditampilkan anak buahnya.

“Secara keseluruhan memang saya berpuas hati dengan prestasi mereka meskipun agak gugup pada suku masa pertama yang menyaksikan mereka melepaskan tiga gol.

“Bagaimanapun, mereka bangkit semula dengan perlawanan yang bagus dan dapat jaringan menerusi gol sudut penalti,” katanya menerusi audio yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini.

Mengulas mengenai pertemuan kedua Kumpulan A menentang Chile, Lailin berharap pemainnya dapat memperbaik kelemahan dan tidak mengulangi kesilapan sama ketika berdepan dengan Jepun.

Malaysia dijadualkan bertemu Chile pada awal pagi Khamis waktu Malaysia sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan Belanda pada Sabtu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan