KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi cemerlang untuk mara ke suku akhir Masters Kumamoto 2025 selepas menewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo di Jepun hari ini.
Pada aksi pusingan kedua di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pilihan utama kejohanan itu mencatat kemenangan mudah 21-14, 21-9 dalam masa 31 minit sekali gus meraih kemenangan keempat ke atas gandingan ranking ke-20 dunia itu selepas empat pertemuan.
Menanti ranking kedua dunia itu di suku akhir, sama ada pilihan ketujuh kejohanan dari Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun atau Nanako Hara-Riko Kiyose dari Jepun.
Dalam pada itu, hasrat pemain profesional lelaki negara Jacky Kok untuk melangkah jauh tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain berpengalaman tuan rumah, Kenta Nishimoto 20-22, 11-21.
Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia:
Perseorangan wanita:
Chiu Pin-Chian (TPE) mn K.Letshanaa 24-22, 21-18
Beregu campuran:
Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran (THA) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 14-21, 21-12, 21-17
Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan (TPE) mn Jimmy Wong-Lai Pei Jing 21-17, 21-14
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial