BELANJAWAN 2025 > BERITA

Tawaran Genting Bhd Bagi Ambil Alih Genting Malaysia Berubah Jadi Tanpa Syarat

13/11/2025 09:38 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Tawaran oleh Genting Bhd bagi pengambilalihan sukarela Genting Malaysia Bhd telah menjadi tidak bersyarat selepas kumpulan itu dan individu yang bertindak secara bersama (PAC) melepasi tempoh ambang tawaran mandatori semasa tempoh 13 Mei 2025 hingga 13 Nov, 2025.

AmInvestment Bank, bagi pihak Genting Bhd berkata kumpulan tersebut telah memperoleh 34,929,300 saham Genting Malaysia daripada pasaran terbuka hari ini. 

Oleh itu, termasuk saham tersebut dan tidak termasuk penerimaan sah yang diterima, Genting Bhd dan PAC telah membeli 114,469,300 saham sepanjang tempoh itu, mewakili 2.02 peratus saham terbitan pada harga tidak melebihi harga tawaran iaitu RM2.35.

Berikutan transaksi itu, Genting Bhd memegang 3,231,072,364 saham Genting Malaysia setakat 5 petang hari ini, bersamaan dengan 57.008 peratus saham terbitan, sekali gus menjadikan tawaran secara sukarela tersebut tidak bersyarat mengikut nota 14 perenggan 4.01 Peraturan berkaitan. 

Pada permulaan tempoh 13 Mei 2025, Genting Bhd dan PAC memegang 49.44 peratus saham terbitan sebelum pembelian di pasaran, sekali gus meningkatkan kepentingan mereka melebihi 2.0 peratus bagi tawaran mandatori. 

Menurut AmInvestment, Genting Bhd dan PAC tidak membeli saham Genting Malaysia melebihi harga tawaran dalam tempoh enam bulan lepas atau sepanjang tempoh tawaran, jadi, tiada semakan semula harga tawaran RM2.35 diperlukan. 

Tarikh tutup penerimaan telah dilanjutkan kepada 1 Dis, 2025, dari 24 Nov, 2025, dengan semua terma tawaran lain tidak berubah.

Satu notis akan dikeluarkan kepada pemegang saham pada masa yang sesuai. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan