BELANJAWAN 2025 > BERITA

Penutupan Arah Utara Di Linkedua Rabu Depan Untuk Latihan Kecemasan

19/07/2025 09:31 PM

JOHOR BAHRU,19 Julai (Bernama) -- Penutupan penuh laluan (arah utara) dan pengaktifan laluan kontra (arah selatan) di antara Kompleks Sultan Abu Bakar, Malaysia dan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura di KM0.6 hingga KM1.70 di Lebuhraya Linkedua akan dilaksanakan Rabu depan.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penutupan ini dilaksanakan bagi tujuan latihan simulasi kecemasan tumpahan kimia sempena program Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura (MSJCE) 2025.

"Penutupan tersebut dijadualkan bermula pukul 4 pagi hingga 2 petang. Sepanjang tempoh latihan itu, trafik yang menghala ke utara akan dilencongkan melalui laluan kontra arah selatan yang disediakan," menurut MBPG dalam hantaran di Facebooknya.

Latihan bersama ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tindakan antara agensi-agensi Malaysia dan Singapura dalam menangani insiden tumpahan bahan kimia di Lebuhraya Linkedua.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan