BELANJAWAN 2025 > BERITA

Isu Parkir Pintar Selesai Menjelang 1 Ogos - MPKangar

19/07/2025 08:23 PM

KANGAR, 19 Julai (Bernama) -- Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) memberikan jaminan isu kelancaran sistem parkir pintar diselesaikan sepenuhnya menjelang 1 Ogos depan.

Yang Dipertua MPKangar Affendi Rajini Kanth berkata langkah penambahbaikan itu antara komitmen pihaknya dalam memastikan keselesaan dan kelancaran urusan harian penduduk termasuk isu kecil seperti kekeliruan sistem atau kesukaran pengguna.

“Sekiranya terdapat apa jua kekurangan dari segi kelancaran sistem, pihak syarikat telah memberi aku janji akan menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog awam Yang Dipertua MKangar bagi Parlimen Kangar di sini hari ini.

Affendi berkata pihak MPKangar turut mengekalkan dasar menyelesaikan sebarang aduan dalam tempoh 24 jam.  

Pada 9 Julai lepas, media melaporkan pelaksanaan sistem parkir pintar di sekitar bandar Kangar yang mula beroperasi pertengahan Jun lepas ditangguhkan serta-merta bagi tempoh enam bulan untuk penambahbaikan berkaitan keselesaan dan kemudahan penggunaannya.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan