BELANJAWAN 2025 > BERITA

MAM Buka Laluan Pelumba Tempatan Ke APMC 2025 Di Sri Lanka

18/07/2025 06:41 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Pelumba tempatan yang muncul juara dalam saingan Malaysia Festival of Speed (MFOS) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15-17 Ogos ini berpeluang mewakili negara pada Kejohanan Sukan Permotoran Asia Pasifik (APMC) di Sri Lanka September depan.

Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata langkah berkenaan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh program pembangunan sukan permotoran khususnya di peringkat akar umbi.

Beliau berkata antara perlumbaan yang dipertandingkan di MFOS 2025 termasuk Karting, Sprint, Karting Slalom, Rali, Auto-Gymkhana dan e-sukan.

"Kita hendak lihat lebih ramai pelumba menyertai pelbagai disiplin perlumbaan dengan persaingan dalam setiap kategori itu meningkat, itu paling penting kepada saya.

“Kita mahu membangunkan kumpulan bakat di Malaysia agar mampu bersaing dengan pelumba-pelumba antarabangsa di mana sahaja," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mokhzani berkata pihaknya juga komited untuk mengukuhkan ekosistem sukan permotoran Malaysia dengan rancangan jangka panjang untuk meletakkan festival itu sebagai acara tahunan di rantau ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan