BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin Tempah Slot Suku Akhir

17/07/2025 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas menewaskan pasangan Taiwan, Hsieh Pei Shan- Hung En Tzu, pada aksi pusingan kedua, hari ini.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan banyak masalah apabila mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-16 dalam masa 35 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Juara Terbuka Thailand itu dijadualkan bertemu gandingan Korea Selatan, Jeong Na-eun-Lee Yeon Woo di pentas suku akhir esok.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan beregu tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-19, 21-18.

Pasangan ranking nombor satu dunia itu akan membuat perhitungan dengan gandingan Indonesia yang berada di ranking kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Turut mara, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan China, Huang Di-Liu Yang 21-19, 14-21, 22-20.

Pasangan pilihan keenam kejohanan itu bakal berdepan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae di suku akhir.

Terbuka Jepun merupakan kejohanan bertaraf Super 750 dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$950,000 (kira-kira RM4 juta).

 

KEPUTUSAN LAIN:

(NOTA: Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan. Tanda [ ] menandakan kedudukan pilihan)

 

Beregu Lelaki:

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Chen Zhi Yi-Presley Smith (USA) 19-21, 21-14, 21-19

Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong mn [4] Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (DEN) 21-16, 15-21, 21-19

 

Beregu Campuran:

[4] Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mn Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu (INA) 17-21, 21-16, 21-12

[6] Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mn Terry Hee Yong Kai-Jin Yu Jia (SGP)  21-14, 21-17

[2] Jiang Zhenbang-Wei Yaxin (CHN) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-9, l 21-6 

 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan