Selasa, 07 April 2020
17/03/2020 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Mesyuarat Kedua Pegawai Kanan (SOM2) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan mesyuarat berkaitan, yang dijadualkan pada April depan, telah ditangguhkan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata penangguhan itu merangkumi Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan APEC 2020 dan Mesyuarat Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan APEC 2020 (MRT).

Katanya, secara tentatif, SOM2 dan mesyuarat yang berkaitan akan diadakan pada 15 hingga 26 Jun, diikuti dengan Mesyuarat MRT pada 27-28 Jun 2020.

Tarikh tersebut akan dinilai semula pada Mei, tertakluk kepada perkembangan pandemik COVID-19.

Kementerian berkata keputusan untuk penangguhan telah dibuat selepas rundingan dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan setelah mengambil kira pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai status pandemik COVID-19 serta perkembangan terkini dalam senario domestik.

"Malaysia juga percaya bahawa keputusan ini adalah perlu dan sesuai dalam usaha untuk melindungi kesihatan serta keselamatan semua delegasi APEC. Malaysia terus komited sepenuhnya terhadap penganjuran APEC pada 2020.

"Kami akan terus bekerjasama dengan semua ekonomi APEC bagi menyampaikan tema tahun ini, 'Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran'," kata MITI. 

Ia menambah Malaysia akan memperhebatkan usaha dalam memastikan kesinambungan kerja yang dijalankan oleh APEC untuk tahun ini dan seterusnya, khususnya bagi memajukan kerja-kerja antara sesi mengenai pasca wawasan 2020.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan