Selasa, 07 April 2020
APEC 2020
05/03/2020 11:39 AM

PUTRAJAYA, 5 Mac  -- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  yang antara lain membincangkan penganjuran Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Dalam pertemuan di sini yang disertai  Ketua Setiausaha MITI, Datuk Lokman Hakim Ali itu, Muhyiddin  diberi penerangan mengenai sektor perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing dalam negara.

Berdasarkan hantaran melalui laman Facebook rasmi Muhyiddin, Lokman juga menerangkan tentang status terkini penganjuran Sidang Kemuncak APEC di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah, November ini.

Malaysia memilih tema ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran’ bagi APEC 2020.

-- BERNAMA

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan