Rabu, 15 Julai 2020
24/02/2020 12:49 PM

HANOI, 24 Feb -- Vietnam menghadiri Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan pertama (SOM 1) dan mesyuarat berkaitan bagi Kerjasama Asia-Pasifik (APEC) 2020 yang berlangsung di Putrajaya, Malaysia dari 20 hingga 22 Februari, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Delegasi Vietnam terdiri wakil Kementerian Industri dan Perdagangan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan pejabat jawatankuasa antara sektor bagi integrasi antarabangsa.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi mesyuarat APEC 2020 bertemakan ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan yang Membawa Kemakmuran Bersama’.

Agenda SOM 1 antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu seperti mempercepat integrasi ekonomi serantau, meninjau pencapaian matlamat Bogor dan membina visi pasca 2020 APEC.

Peserta mesyuarat juga memberi perhatian khusus kepada inisiatif mengenai teknologi dan ekonomi digital.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan