Selasa, 07 April 2020
APEC 2020
19/02/2020 03:34 PM

PUTRAJAYA, 19 Feb --  Isu COVID-19 terutamanya kesan dan risiko penyakit itu akan turut dibincangkan pada mesyuarat-mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan datang.

Pengarah Komunikasi dan Hal Ehwal APEC Michael Chapnick berkata APEC menyedari tentang risiko COVID-19 yang kini memberi kesan kepada lebih 20 negara.

"Kami akan membincangkannya dalam mesyuarat pada minggu-minggu akan datang. Kami juga akan bekerjasama rapat dengan semua 21 negara anggota APEC," katanya pada taklimat media oleh Pengerusi Jawatankuasa APEC mengenai Bidang Keutamaan APEC bagi tahun 2020 di sini hari ini.

Chapnick ditanya mengenai langkah APEC dalam mengurangkan kesan COVID-19 terutamanya terhadap negara anggota.

Selain Malaysia, China, Jepun, Hong Kong, Singapura, Thailand, Kanada dan Vietnam yang telah mencatatkan sejumlah kes jangkitan COVID-19.

Dilaporkan COVID-19 telah menjangkiti lebih 72,000 orang dan meragut lebih 2,000 nyawa yang kebanyakannya di China.

Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah APEC pada November ini selepas menjadi tuan rumah 22 tahun lepas. Seramai 21 pemimpin dan 16,000 perwakilan dari 21 negara anggota dijangka menghadiri APEC 2020.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan