Jumaat, 29 Mei 2020
APEC 2020
07/02/2020 01:07 PM

KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyambut baik cadangan Malaysia mengenai Kajian Semula Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC Ke Arah 2020, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) hari ini. 

Katanya dokumen yang dikaji semula itu akan diedarkan dalam Kerjasama Dasar mengenai Keselamatan Makanan (PPFS) dan kumpulan kerja lain untuk pandangan dan pengesahan. 

Katanya negara-negara anggota turut menyatakan hasrat untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan aktif daripada sektor swasta dalam PPFS. 

“Negara-negara berkongsi pengalaman dan mengemukakan inisiatif yang sedang dijalankan dan projek-projek berkaitan pemudahan perdagangan, pertanian pintar, penyertaan wanita, perubahan iklim, kehilangan makanan dan sisa makanan, seperti dinyatakan dalam pelan kerja masing-masing.

“Inisiatif ini sejajar dengan Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC Ke Arah 2020 untuk mencapai sistem makanan yang mampan,” menurut MoA dalam kenyataan hari ini.

Katanya pejabat pengerusi PPFS mengetengahkan tema, “Redefining Efforts Towards A Prosperous Future of Sustainable Food Security” dan tiga bidang keutamaan: kemampanan, keterangkuman dan teknologi baharu untuk PPFS 2020.

PPFS 2020 turut menyasarkan untuk mempromosikan kepentingan kemakmuran bersama antara negara-negara maju dan sedang membangun dalam menangani masalah keselamatan makanan di rantau APEC, menggalakkan keuntungan bersama atau situasi menang-menang.  

-- BERNAMA

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan